New Page 2



 

New Page 1



 

Recent Comments

New Page 2

Bowl@Ole2 Vol. VI

Salam,

Tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai pertandingan boling terbuka Surau Al-Amin. Pertandingan ini terbuka untuk semua ANAK KARIAH Surau Al-Amin yang telah mendaftar sahaja. Pertandingan akan dijalankan dalam 3 games dan pembahagian kumpulan adalah mengikut cabutan undi pd masa yang akan ditentukan kelak.

Kategori yang akan dipertandingkan ialah:
1. Individu Lelaki & Wanita
2. Kumpulan Lelaki & Wanita
3. Jatuhan Pin terbanyak Lelaki & Wanita mengikut games
4. Peraduan mewarna bagi kanak2 kategori 1-6 tahun & 7-12thn (akan dibincangkan)

TARIKH: 27 JUN 2010 (AHAD)
TEMPAT: OLE-OLE BOWLING CENTRE, SEKSYEN 19
MASA: 9.00PAGI – 12.00TENGAHARI
BAYARAN: RM20 SEORANG

Bagi anak kariah yang berminat, sila catitkan nama anda di borang yg disediakan di papan kenyataan Surau Al-Amin. Bagi yang belum menjadi anak kariah dan tinggal di seksyen U12, sila isi borang pendaftaran anak kariah bagi melayakkan anda untuk menyertainya. sila download borang di www.desaalam.com atau hubungi Pengerusi & AJK  Surau Al-Amin.

New Page 2

Kuliah Maghrib – Us.Ghazali Ibrahim “Nota Wasiat”


Salam, tuan/puan dijemput ke kuliah maghrib seperti berikut:

Tarikh : 18 Mei 2010 (malam ni laa..)
Masa : Lepas solat maghrib
Tempat Surau Al-Amin
Penceramah : Ustaz Md Ghazali Ibrahim
Tajuk : Nota Wasiat

p/s – sila bawa pen & kertas untuk sama2 kita mendraf nota wasiat kot2 la tak jumpa esoknya.. kehadiran tuan/puan seisi keluarga adalah dialu-alukan.

New Page 2

Penyertaan Skim Khairat

Semua warga seksyen U12 terutamanya anak kariah adalah dialu-alukan untuk  menyertai skim khairat yang dianjurkan oleh Badan Khairat Surau Al-Amin (BAKSA).

Tujuan penubuhan badan khirat kematian adalah seperti berikut:

  1. Membantu dalam menguruskan kematian ahli dan keluarga ahli dari aspek pengurusan jenazah dan bantuan kewangan.
  2. Membantu ahli daan keluarga dalam menganjurkan majlis bacaan Al-Quran, Surah Yassin, tahlil arwah dan lain-lain.
  3. Menganjurkan kursus pengendalian jenazah kepada ahli.
  4. Mengamalkan sunnah dan mengeratkan ukhwah Islamiah di kalangan warga Desa Alam khasnya dan umat islam amnya.

Pendaftaran akan bermula pada 15/4 sehingga 15/6/2010. Tuan/puan boleh memuat turun borang penyertaan dan kertas konsep yang disertakan di bawah dan menghantar borang tersebut kepada:

NAMA

JAWATAN

NO. TELEFON

1.  Mansor bin Mohamad Pengerusi BAKSA

012-2586650

2.  Hj. Sulaiman bin Abu Setiausaha BAKSA

019-2106441

3.  Ustaz Mohd Sabirin bin Nordin Pengerusi Surau Al-Amin

013-3334273

4.  Muhammad Afif bin Yusoff Setiausaha Surau Al-Amin

019-3880727

Bayaran akan dikutip pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad antara waktu Maghrib dan Isyak di Surau Al-Amin.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan keluarga yang tersayang telah dilindungi takaful dan khairat.

Borang BAKSA 2010

Kertas Konsep BAKSA